Kerisi adalah sejenis ikan daripada famili Nemipteridae. Salah satu spesis nya dalam banyak adik beradik dia adalah Japanese Threadfin Bream atau nama saintifiknya Nemipterus japonicus. fuhhh. * dah lama tak main nama saintifik ikan ni!
namun begitu..(bahahaha!) ikan kerisi selalu dikenal pasti dengan sisiknya yang kemerah merahan dia atas dan sesetengah spesis ada jalur kuning memanjang daripada kepala memanjang hingga ke ekor. jadi warna dia memang cantik; ada merah, kuning dan putih. cantik sangat ini ikan. biasanya juga ikan kerisi selalu berisi. gemuk je. nampak sangat belly dia gemuk. atau sepanjang yang saya jumpa semuanya jenis kerisi berisi. beautiful fish!
ini adalah gambarajah ikan kerisi :
| sumber : google search ;) |
oh kerisi.
bila memasaknya, digoreng sahaja sudah memadai. gaul dengan garam kunyit, biar masin sikit. goreng api perlahan tapi sampai garing. lepas digoreng memang dekat tepi tepi ikan tu, garing, masin, kuning, kruk krak! haish! memang sedapppp. isinya dekat tengah manis je. kulit dia kalau dah nak terkopak tu dengan warna kuning kunyit keemas emasannya, masin..waduh! ambil masa makan ikan kerisi, tenang kunyah dan makan betul betul. sangatlah memuaskan hati.
selain itu, boleh juga dimasak lada ikan kerisi ini. tumis lada yang dah kisar, bawang, asam jawa sedikit, tumis dengan doa dan penuh kasih sayang.. dan masukkan ikan kerisi yang dah digoreng tadi. gaul, biarkan ia dimandikan dengan tumisan berlada yang pasti akan menusuk satu rumah. tunggu dan biarkan tumis lada tu garing, kehitam hitaman. memang tumisan atau kuah akan jadi kurang, tak berkuah sangat tapi garing dia tu bila makan dengan nasi panas nanti, tenyeh tenyeh aiyomaaaa pehhh!!
hasil masakan ikan kerisi berlada yang menjadi biasanya seperti inilah rupanya :
indah kan?? i love u forever and ever kerisi berlada!
No comments:
Post a Comment