July 10, 2014

pukul 2.27 pagi


bukan susah nak hidup
kena pandai bangun dan duduk
berlari bila perlu
mendaki sama laju

hiduplah kita

cuma bila tersadung sikit
pandang kiri kanan
depan dan belakang
semua tiada

kau tinggalkan semua, kan
kau pilih untuk hidup sendiri
kau tutup pintu hati
kau kunci semua emosi
kau rasa kuat teramat
walau kadang kadang perasaan menjerit kuat

auzubillahiminasshaitonirrojim

usir ia.
ketepikan semua

ini semua mainan sahaja

rabiatul adawiyah
tingginya darjatnya
cintanya pada Dia
aku manusia biasa biasa
dapat sedikit begitu pun
syukur berkali agaknya

cuba lagi
tak kan tersadung sekali
nak benci jatuh tadi
padahal semua atas kau sendiri


tenang
matahari tidak pernah berhenti datang
gelap malam berganti cerah siang

kau pun sama
tak ada yang kekal selamanya
baik yang indah
atau yang buruk rupanya

tenang.