28.1.12

january love phase!

"to be jealous is to admit threat."

haha.

of course we are never jealous.

but for one who had admitted jealousy will sure to justify that its simply..

LOVE!

duh!

1.1.12

kalau kita untuk apa

tidur kalau boleh sedar
lapar kalau boleh makan
jatuh kalau boleh bangun
miskin kalau boleh kaya
susah kalau boleh senang

sedih kalau boleh suka
menangis kalau boleh ketawa
berpisah kalau boleh bersama

kalau boleh, yang sedap sahaja mahu dirasa
kalau boleh, yang indah sahaja mahu di depan mata

sebab itulah ada kalau.
supaya kita tahu
kalau kita untuk apa.

2012. what's for me?

its 2012.

its a new year. a Gregorian year, that is.

anywho, i did it. i end it. i told him. i end it.

6 years and still going? in our heart, sure! in reality, i'm taking a break. honestly, i'm amazed because i was so calm and contented. i said what's need to be said. i explained softly the reasons for the ultimate decision i'm taking. it's hard but i did doa so that everything goes well and work out fine. alhamdulillah.

what's after this? there are stuff that i need to settle. need to rearrange my studies schedule. time with mom. time with family and friends. time for me. need to also decide on other major things that i keep a secret for now. hope all goes well.

2012.

no fatherly-love for me. i miss abah. terribly. but he's in good shape, i just knew it. serene in his world. wishing him to be blessed everyday. to be placed with the pious ones and blessed. i want to be reunite with my dad later. gosh, this is hard.

let's just hope i get to catch the sunshine in near time. cause all i'm feeling right now is totally draining me out.

2012

be a good one for me yeah!

and happy new year y'all. have a good one too! insyaallah. =)

26.12.11

doa hati saya.

Tuhan itu maha besar. yang tahu segalanya, Dia. yang atur segalanya, Dia. yang paling penyayang, mengasihani dan berkuasa atas segalanya.

jodoh.

apa itu? seorang yang dicipta untuk seorang yang lain. untuk menjadi teman hidup sehingga sampai akhirat nanti. seorang yang punya rusuk pasangannya. seorang yang menjadi teman jiwa pembimbing segala. seorang yang menjadi tempat berlindung serta membimbing setia. seorang yang memberi segala untuk pasangannya selagi tidak mudarat kepada dia. seorang yang boleh buat pasangannya bahagia.

letih bercinta jika tidak ke mana. sedih bercinta kalau tak bersama.

untuk apa bercinta, sebenarnya? haih, kerja gila betul bincang soal sensitif macam ni. bercinta untuk cari jodoh kita? bercinta untuk kenal orang untuk dikahwini kita? bercinta untuk rasa disayangi dan dihargai? bercinta untuk rasa ada orang melindungi atau bercinta untuk suka suka sahaja?

sahlah tak berkahwin akhirnya kalau macam tu.

kenal orang itu susah kan. tapi bila terlampau mengenali buat kita rasa boleh tilik nasib di kemudian hari. payah. semua keputusan akan datang semacam nak dibuat hari ini. then and there. gila juga.

hai jodoh saya.
saya doa kepada Tuhan untuk dipertemu denganmu.
jika dah bertemu, dekatkanlah, mudahkanlah.
jika belum bertemu, temukanlah
saya redha akan kurniaan pasangan yang terbaik untuk saya.

surius. kasihan hati saya. dia sudah letih berfikir untuk jawapan. dia cuma sit back and go with the flow. hati cuma ada Tuhan yang mendengar rahsia dia. =)

semoga semua baik baik sahaja kan.

kerana penat saya sudah buat saya angkat bendera putih.

untuk surrender.

16.12.11

spill me out!

its 9.34pm. i'm at home. but i'm not alone.

i have been spending some time with few close friends. i poured my heart out. i told them everything. we went out, we ate lunch together. we ate dinner together. we watched movies together. we ordered pizza delivery together. we laughed and talked. yeah. we did a lot of talking.

and without me realizing it, its time for me to leave.

time for me to be poked by reality.

------------------

i moved on, or so it seems. i think that i need to get on with my life. screw the problems i got. screw the stuff that i need to settle. screw my studies. screw my personal life. screw freedom. they seem to be meaningless now.

this quote is true; (taken from the sisterhood of travelling pants, 2005) "when i feel free, it seems like he's alive".

IT SEEMS.

but

ITS NOT TRUE.

my father ain't coming back. succumb that fact, you.

i'm an anak yatim now.

its hard. its very hard.

the hardest is to think that others can put their feet in my shoes.

they can. they sure can but its sure just for a while.


they tried. but they haven't got a clue.


so how am i suppose to move on?

u tell me.

3.11.11

surat untuk abah 01

assalamualaikum abah.

hari ni i lipat baju u. baju adidas u. selalu u pakai baju tu kan. i lipat yang warna kelabu punya. satu lagi warna biru kolar kuning takde pulak tadi. cium je baju. tapi bau sabun.

hari ni hari khamis malam jumaat. seminggu lepas, waktu sekarang, i dah sampai kuantan specialist. cium pipi u. u nampak mengantuk. nampak sangat nak menyelesakan diri untuk tidur. i tak nak ganggu. tegur u dan cakap "abah.." je. selebihnya, bincang dengan abang. apa, kenapa dan macamana u boleh masuk hospital.

dah 2 hari tak pergi kat u. air yasin ada. insyaallah. esok i pergi ya bah.

i miss u abah. redha sangat sebab pergi u alhamdulillah senang dan lancar. urusan juga mudah. u juga wangi dan putih je seminggu lalu. i cium pipi u bah. lekat sangat dalam kepala.

hari ini i masih call no handphone u. tak ringing dah. i cuma tinggalkan voice message je. i guess i miss u.

insyaallah, i akan doakan u banyak banyak ye bah. kalau nangis banyak, u juga sedih kan. jadi sikit sikit je lah. tak nak u tak tenang.

oh, lupa, i cuti panjang sikit. teman mak sekarang. adapting bah. susah sangat. tapi cuba. kena kuatkan. mesti u pergi tu, u tau we all akan baik baik je kan bah. i promise, i jaga mak k bah.

i love u abah. i miss u.

al-fatihah.

23.10.11

bye nokia dan hello samsung!

handphone saya dah jadi belacan. kenapa? kerana tidak sabar. kerana ia telah dibaling. wassalam.

handphone itu saya sayang. handphone paling mahal saya pernah beli dengan duit sendiri. camera nya mantap. tidak macam macam handphone itu. kuatnya dia, jatuh banyak kali pun masih seperti biasa. cuma dalam tahun ini saya tukar kulitnya. sebab dia jatuh lalu kulit belakangnya patah skru.

selepas itu makin tak mengancam handphone saya. keypad jadi bermasalah dan bunyi berdengung masa cakap. geram jugak. tapi saya masih sayang. lagi pulak jenis kedekut nak beli yang baru. tak luak saya dek trend yang mengatakan android atau iphone itu perlu. malah "in" sekarang. atau saya juga tidak punya kewangan yang membolehkan saya sewenangnya belanja untuk itu. ui, sayang duit oi.

fuh.

tapi, lama mana sangat kita boleh tahan tanpa handphone kan? heh!

selepas 2 hari, handphone baru dah dalam genggaman. siapa sangka, dengan hanya beberapa ratus dah dapat handphone baru. mengancam juga! ada kamera. ada bunyi bagus. boleh masuk 2 simcard woo! wi fi takde tapi takpe, boleh browse guna mobile internet. fontnya pulak, fun gila! kena dengan jiwa! ringan pulak tu. keypad, qwerty! pendek kata, hasrat hati yang macam nak guna berihitam tercapai lah; walaupun bukan beli berihitam pun.

nak tau handphone apa?

samsung e2222 atau dikenali sebagai chat222.

tengoklah kalau tak percaya. dig up more info on the phone. kalau ada rasa nak handphone baru tapi bajet tidak besar sangat, angkatlah phone tersebut.

puas hati.