26.12.11

doa hati saya.

Tuhan itu maha besar. yang tahu segalanya, Dia. yang atur segalanya, Dia. yang paling penyayang, mengasihani dan berkuasa atas segalanya.

jodoh.

apa itu? seorang yang dicipta untuk seorang yang lain. untuk menjadi teman hidup sehingga sampai akhirat nanti. seorang yang punya rusuk pasangannya. seorang yang menjadi teman jiwa pembimbing segala. seorang yang menjadi tempat berlindung serta membimbing setia. seorang yang memberi segala untuk pasangannya selagi tidak mudarat kepada dia. seorang yang boleh buat pasangannya bahagia.

letih bercinta jika tidak ke mana. sedih bercinta kalau tak bersama.

untuk apa bercinta, sebenarnya? haih, kerja gila betul bincang soal sensitif macam ni. bercinta untuk cari jodoh kita? bercinta untuk kenal orang untuk dikahwini kita? bercinta untuk rasa disayangi dan dihargai? bercinta untuk rasa ada orang melindungi atau bercinta untuk suka suka sahaja?

sahlah tak berkahwin akhirnya kalau macam tu.

kenal orang itu susah kan. tapi bila terlampau mengenali buat kita rasa boleh tilik nasib di kemudian hari. payah. semua keputusan akan datang semacam nak dibuat hari ini. then and there. gila juga.

hai jodoh saya.
saya doa kepada Tuhan untuk dipertemu denganmu.
jika dah bertemu, dekatkanlah, mudahkanlah.
jika belum bertemu, temukanlah
saya redha akan kurniaan pasangan yang terbaik untuk saya.

surius. kasihan hati saya. dia sudah letih berfikir untuk jawapan. dia cuma sit back and go with the flow. hati cuma ada Tuhan yang mendengar rahsia dia. =)

semoga semua baik baik sahaja kan.

kerana penat saya sudah buat saya angkat bendera putih.

untuk surrender.

0 corat-coret: