23.10.11

bye nokia dan hello samsung!

handphone saya dah jadi belacan. kenapa? kerana tidak sabar. kerana ia telah dibaling. wassalam.

handphone itu saya sayang. handphone paling mahal saya pernah beli dengan duit sendiri. camera nya mantap. tidak macam macam handphone itu. kuatnya dia, jatuh banyak kali pun masih seperti biasa. cuma dalam tahun ini saya tukar kulitnya. sebab dia jatuh lalu kulit belakangnya patah skru.

selepas itu makin tak mengancam handphone saya. keypad jadi bermasalah dan bunyi berdengung masa cakap. geram jugak. tapi saya masih sayang. lagi pulak jenis kedekut nak beli yang baru. tak luak saya dek trend yang mengatakan android atau iphone itu perlu. malah "in" sekarang. atau saya juga tidak punya kewangan yang membolehkan saya sewenangnya belanja untuk itu. ui, sayang duit oi.

fuh.

tapi, lama mana sangat kita boleh tahan tanpa handphone kan? heh!

selepas 2 hari, handphone baru dah dalam genggaman. siapa sangka, dengan hanya beberapa ratus dah dapat handphone baru. mengancam juga! ada kamera. ada bunyi bagus. boleh masuk 2 simcard woo! wi fi takde tapi takpe, boleh browse guna mobile internet. fontnya pulak, fun gila! kena dengan jiwa! ringan pulak tu. keypad, qwerty! pendek kata, hasrat hati yang macam nak guna berihitam tercapai lah; walaupun bukan beli berihitam pun.

nak tau handphone apa?

samsung e2222 atau dikenali sebagai chat222.

tengoklah kalau tak percaya. dig up more info on the phone. kalau ada rasa nak handphone baru tapi bajet tidak besar sangat, angkatlah phone tersebut.

puas hati.

0 corat-coret: